PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Selasa, 15 September 2015

Sambungan kisah Puteri Baginda Fatimah Azzahra : Part 5


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..


Berbalik kepada pengisahan Saidatina Fatimah Azzahrah yang pernah diceritakan sebelum ini disini




Fatimah memiliki ciri-ciri mirip bapanya, Rasulullah s.a.w. Aisyah isteri baginda pernah berkata : ‘Aku tidak melihat makhluk ciptaan Allah yang menyerupai Rasulullah dari segi bercakapan, perbualan dan perlakuan kecuali Fatimah r.a. Apabila Rasulullah nampak Fatimah datang kepadanya, baginda akan mengalu-alukannya, bangun lalu mengucup tangannya, memimpinnya dan mendudukkan beliau di tempat baginda. Fatimah akan melakukan perkara yang sama apabila Rasulullah datang kepadanya. Beliau akan bangun dan menerima baginda dengan gembira dan mencium baginda.

Perlakuannya yang sopan dan percakapannya yang lemah lembut merupakan sebahagian dari keperibadian Fatimah yang indah dan disegani. Beliau sangat pemurah terhadap fakir miskin dan sangat mudah menyedekahkan apa jua yang dimiliki untuk membantu golongan ini meskipun beliau sendiri kelaparan. Beliau tidak sesekali menginginkan perhiasan dunia atau keselesaan dan kemewahan hidup. Fatimah hidup penuh tawaddhuk, namun ada ketikanya ketahan beliau tercabar dalam mengahadapi dugaan yang mendatang. Fatimah r.a. mewarisi kelembutan lidah dalam berkata-kata yang berpunca dari ketinggian ilmu.


Apabila beliau berucap, kata-katanya mampu menyentuh hati para pendengarnya sehinggakan menitiskan airmata. Beliau dikurniakan bakat dan kebersihan hati yang membolehkannya menggerak dan mendekatkan hati orang ramai kepada mengagungkan Allah s.w.t dan mensyukuri nikmatNya yang tidak terbatas. Fatimah r.a. berhijrah ke Madinah beberapa minggu selepas penghijrahan Rasulullah s.a.w. Beliau pergi bersama Zaid bin Harithah yang telah diutuskan oleh baginda untuk membawa ahli keluarganya ke Madinah. Rombongan hijrah itu terdiri daripada Fatimah dan Umm Kalthum, Sa’udah isteri Rasulullah, Barakah isteri Zaid beserta anaknya Usamah.

Turut sama dalam rombongan tersebut ialah anak Abu Bakar, Abdullah yang mengiringi ibunya dan kakaknya, Aisyah dan Asma. Fatimah tinggal di Madinah bersama bapanya di sebuah rumah kecil yang dibina Rasulullah bersebelahan dengan Masjid Nabawi. Pada tahun kedua Hijrah, Fatimah menerima beberapa lamaran perkahwinan melalui bapanya, dan dua daripada lamaran tersebut ditolak. Kemudian Ali bin Abi Talib berjaya menguatkan semangatnya lalu bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dengan lamaran untuk mengahwini Fatimah.



Namun begitu, Ali menjadi gementar ketika berhadapan dengan baginda Rasulullah lalu tidak dapat menyuarakan hajatnya. Beliau hanya tunduk ke bawah tanpa berkata-kata. Lalu Rasulullah pun bertanya : ‘Apakah tujuan kau ke mari? Adakah kau memerlukan sesuatu?’ Ali masih belum dapat bersuara maka Rasulullah s.a.w. pun mencadangkan; ‘Adakah engkau datang untuk melamar Fatimah?’ ‘Ya,’ jawab Ali. Dengan itu, menurut sesetangah riwayat, baginda Rasulullah hanya menjawab : ‘Marhaban wa ahlan – Selamat datang ke dalam keluargaku,’ dan jawapan ini diterima oleh Ali dan sekumpulan orang Ansar yang menunggunya di luar rumah sebagai penerimaan Rasulullah terhadap lamaran tersebut. Satu riwayat lain melaporkan bahawa Rasulullah telah menerima lamaran Ali itu dan bertanya kepada Ali sekiranay dia mempunyai sesuatu yang boleh dijadikan sebagai mahr. Ali menjawab tidak. Rasulullah s.a.w. mengingatkan bahawa beliau mempunyai sebuah perisai yang boleh dijual.

Ok, kita sambung lagi kisah puteri kesayangan rasullah yang menjadi contoh untuk kita ikuti sebagai kaum wanita.. Peribadinya yang mulia amatlah dikagumi.. Moga kita diberikan hati yang selalu mencintai Allah.

Dan sambungan kisah ini nanti bolehlah tengok di sini..

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,



  gif creator
gif creator

0 comments: