PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Jumaat, 28 Jun 2013

Set Bersalin Shaklee terbaik




Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bismillahirrohmannirrohim.. Hari ini umiIzz berkesempatan mencuri masa sedikit untuk bercerita tentang set bersalin Shaklee. Oleh kerana ramai yang dah bercerita dan ramai juga ibu-ibu yang mengambil set bersalin dari umiIzz mengakui keberkesanan set bersalin ini termasuk umi sendiri... Alhamdulillah memang benar dan umi nak kongsikan sedikit pengalaman pengambilan set bersalin Shaklee..




 



Terdengar kisah seorang ibu mengatakan tidak mampu bangun sendiri selama sebulan dari katil selepas operation dijalan adalah sangat ngeri bagi kita yang tidak mengalami proses kelahiran secara bersalin. Namun kita hanya hambanya dan Allah yang menentukan jalan kelahiran setiap anak-anak kita. Pengalaman itu membuatkan umiIzz bersedia untuk kelahiran kedua ini mengambil product shaklee selepas kelahiran untuk lebih bertanaga dan cepat sembuh dari luka dalam. Alhamdulillah, perancangan kita hanya Allah yang tahu dan telah disusun.. Pengambilan product shaklee benar-benar membuatkan umiIzz kembali segar dalam tempoh seminggu, dan alhamdulillah semuanya cepat sembuh dan umiIzz bertenaga untuk berpantang walau hanya berpantang sendiri. Sungguh umi tak percaya product shaklee amat-amat membantu umi pulih dengan hanya seminggu pengambilannya.


Kebaikkan pengambilan set bersalin Shaklee seperti berikut :

  • Vitalea (Multivitamin) 
Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian.
Memulihkan selera makan dan melancarkan process pencernaan
Penting bagi prosess pertumbuhan.
Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan.
Melengkapkan nutrient yang kurang.

  • Alfalfa Complex
Kaya dengan Nutrisi
Melegakan rasa kebas dan sakit sendi
Milk Booster(bykkan susu badan)

  • B Complex
Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga.
Mencegah kelesuan dan kemurungan.
Membantu kelancaran urat saraf.
Mengelakkan stress.
Mengelakkan sembelit.

  • Zinc
Menyembuhkan luka.
Terlibat dalam penghasilan insulin.
Mengekalkan rangsangan bau dan rasa.
Mengawal kelemumur.

Yang ini adalah tambahan bagi set bersalin iaitu
  • Ostematrik
Menolong Pengecutan otot dan Saraf
Mengurangkan Sembelit

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan set bersalin bolehla menghubungi terus umiIzz seperti yang tertera dibawah. Pada umiIzz biarlah bersalin kita nanti kita dan baby sama-sama sihat dan kita memerlukan tenaga lebih, maka pengambilan Shaklee adalah jalan terbaik untuk kita.









Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur (ID : 915911) 
Dealer Shaklee Kuala Lumpur
Email : alynn_41181mr [at] yahoo.com
Hp : 013.2028.136


 Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

Isnin, 17 Jun 2013

HB Rendah Ketika Mengandung??



Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bismillahirrohmanirrohim... hari ini hari apa??? hari isnin UmiIzz.. hari yang semua orang tak suka sebab harinilah start kena datang office baut kerja.. Umi Iz pun kadang2 rasa macamatu.. Tapi bila muhasabah balik diri.. umiIzz patut rasa bersyukur dengan nikmat Allah kerana memberi umiIzz pekerjaan yang ramai lagi kat luar sana menunggu2 untuk tuah berkerja seperti umiIzz.. Umi Izz rasa, kalau uMi izz tak berkerja, bagaimanalah rasanya ya.. tentu sedikit boring sebab tak buat apa2. =) Waktu ini, anak kecil lagi memang terasa seronoknya berguling sahaja dengan anak2 dirumah tapi bayangkan jika mereka dah besar, duduk asrama.. tentu rasa sunyi je kalau tidak berkerja.




So hari ini umiIzz nak cerita masalah yang selalu dihadapi oleh ibu mengandung iaitu HB rendah. HB rendah kerab terjadi pada ibu mengandung dan kadang kala dikatakan pembawakan bayi. apa tuh umiIzz pembawakan?? Pembawakan ni ada orang kata ia terjadi semasa mengandungkan bayi (membawa bayi ketika dalam perut sahaja) selepas bersalin akan kembali normal sedia kala. UmiIzz pun ada mengalami HB rendah masa mengandungkan danial dahulu. Alhamdulillah, kembali normal bila umiIzz mengambil produk shaklee dari 9g/dl naik ke paras 11.5g/dl dan naik lagi hingga cukup 13g/dl.


Di Malaysia, antara masalah yang dihadapi ibu hamil selain masalah diabetes atau tekanan darah tinggi adalah masalah hemoglobin rendah (HB low).


Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hinga 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL. Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen ini semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula.


Simptom awal anemia

Sentiasa letih
Pening kepala atau pitam
Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
Warna kulit bertukar menjadi pucat
Penurunan berat badan
Kadar denyutan jantung yang cepat
Lemah daya ingatan
Antara punca masalah HB low
Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’
Kekurangan hormon : Paras hormon tiriod yang rendah
Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia
Risiko anemia di kalangan ibu hamil
Peratusan tinggi untuk melahirkan anak pramatang
Pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan
Supplement yang dicadangkan


Vitalea iron formula:
Mengandungi zat bei yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel


Vitamin C
Membantu penyerapan vitamin b12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan


B-complex
Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.


Awas!!
Elakkan minum kopi, teh atau minuman bergas selepas makan kerana minuman itu menyukarkan tubuh untuk menyerap zat besi
Elakkan mengambil vitalea bersama-sama dengan kalsium kerana kalsium akan melemahkan penyerapan zat besi.
Elakkan mengambil vitalea bersama segelas susu kerana susu adalah kalsium.
Pesakit talasemia tidak boleh mengambil Vitalea kerana mengandungi iron.
Set yang boleh diambil untuk masalah HB low
Euphoria Optimum Health - Set A mengandungi Vitalea, B-complex dan Vitamin C
Euphoria Pregnancy Set - Gabungan Set A dan Ostematrix@calcium
Energizing Soy Protein – Untuk kritikal anemia di paras 6-7 g/dL


Apa kata ibu-ibu yang mengambil produk ini?


1. Puan Hanila

" Hb sy dah naik ke 10.3 time checkup hr rabu lps. Hopefully lg 2 minggu checkup semakin naik"


Sebelum ini, bacaan Hb Puan Hanila berada di paras 9++ sahaja. Setelah 2 minggu mengamalkan set A, telah naik ke 10.3 - alhamdulillah..


2. Puan Rozilawani

Terasa sangat bahagia bila ofismate yg pregnant, sekian lama mengalami masalah low hb. Dari bulan ke bulan hb asyik 9+ gitu. Akhirnya saya cadangkan mkn vitalea iron formula menggantikan pil iron yg klinik bagi. Syukur alhamdulillah, dlm tempoh seminggu lebih je hb dan naik 11+. Pagi tadi dia punyalah risau nak gi cek up. Tak sangka hb dia naik akhirnya :)  - alhamdulillah"


3. Puan Shahanina

Kawan saya ada masalah low hb gak..tp dia nak cuba esp je..lepas 2 minggu dia punyala excited gtaw saya dia kata hb dia dan naik sebab makan esp"

UmiIzz

4. Saya mengalami HB rendah namun setelah mengambil Vitalea Shaklee, alhamdulillah.. HB naik cantik..


So kepada sesiapa yang berminat nak dapatkan Vitalea untuk menaikkan HB darah yang rendah, mohon email saya @ watsap saya di 013.202.8136.

InsyaAllah saya bantu anda dapatkan HB cantik dengan pengambilan Vitalea sebagai pemakanan tambahan anda.

Jika anda berminat untuk mendapatkan B Complex tanpa melalui saya, sila klik Link B COMPLEX dibawah untuk selanjutnya.

Klik : B COMPLEX








Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur (ID : 915911) 
Dealer Shaklee Kuala Lumpur
Email : alynn_41181mr [at] yahoo.com
Hp : 013.2028.136

 Salam sayang dari,


gif creator
gif creator

Sabtu, 15 Jun 2013

Set Penyusuan 3M Shaklee, TERBAIK!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Malam ini, umi izz bertiga dengan double izz.. Abi Izz ada dinner di KLCC dengan orang tabung. So amik kesempatan mengapdet blog seawal mungkin. So tajuk kat atas tu mesti semua dan tahu apa yang umiIzz nak cerita. So kita terus kepada point pertama iaitu cadangan terbaik untuk penyusuan ialah set 3M.

Alhamdulillah, setelah diri sendiri mencuba kehebatan 3M shaklee umi Izz sangat2 nak rekomen yang product ni adalah yang terbaik dan sangat membantu. Set ini sangat sesuai dan terbaik untuk kaum ibu yang menyusu. Jom kita layan kandungan dan manfaatnya :


SET PENYUSUAN 3M + VIT E
 (VIT E Untuk mereka yang ingin menjaga kulit, tidak termasuk dalam SET 3M)

ESP Soy Protein Isolate Powder - Membantu ibu kekal bertenaga sekaligus mencegah migrain, insomnia, dan tekanan - Merupakan ‘Milkbooster’yang membantu kelancaran penghasilan susu dengan cepat, dan pekat - Membaiki pigmentasi dengan menjadikan kulit ibu lebih anjal dan berseri

Alfafa Complex - Juga bertindak sebagai "milk-booster" - melegakan / mengelakkan sakit sendi dan belakang - Menghilangkan kelesuan dan tekanan - Membantu masalah penghadaman dan pencernaan - Melegakan sembelit - Menyingkirkan lemak dan kolesterol - Membuang angin dalam badan -Membantu masalah keputihan 

Vitalea (Multivitamin) - Membantu membekalkan tubuh badan dengan nutrisi yang secukupnya agar sentiasa cergas, sihat dan bertenaga - Diformulasikan dengan zat besi yang membantu ibu yang menghidapi anemia/kurang darah 

B-Complex - Membantu meningkatkan tenaga, serta melegakan kepenatan/kelesuan dan tekanan kerana vitamin B berperanan untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga - Membantu memberi mood yang baik dan tenang serta meningkatkan fokus sekaligus membantu kelancaran pengeluaran susu - Penting untuk kecantikan juga kerana vitamin B memelihara kulit dari dalam. 

Sustained Release Vita C - bertindak sebagai anti-oksidan serta berperanan untuk menjadikan kulit yang cantik dan anjal kerana vitamin menggalakkan / merangsang pembentukan kolagen dalam badan - Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan supaya ibu dan bayi tidak mudah diserang penyakit - Merangsang pembentukan sel-sel baru bagi mempercepatkan penyembuhan luka.

Ostematrix (Kalsium) - Keperluan kalsium yang secukupnya sangat penting untuk menghasilkan susu dengan cepat, banyak dan berkualiti kerana kandungan utama susu adalah kalsium dan protein. - Membantu menghilangkan sakit-sakit yang berkaitan sendi dan tulang. - Membantu ibu berasa cergas dan bertenaga - Membantu Mengelakkan darisembelit


Pada umiIzz set 3M ini sangat-sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan seperti:


1. menghadapi masalah penghasilan susu walaupun telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari.
2. Ibu yang tidak bertenaga atau sering kelesuan
3. berlaku situasi kemeruduman susu selepas berpantang atau bekerja
4. baru nak mula untuk menyimpan stok/ stok susu sedikit


Jadi, set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.




Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama-sama tips tambahan , insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kena kuat berusaha.










Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur (ID : 915911) 
Dealer Shaklee Kuala Lumpur
Email : alynn_41181mr [at] yahoo.com
Hp : 013.2028.136



Salam sayang dari,





gif creator
gif creator

Khamis, 13 Jun 2013

Penjagaan rambut gugur dengan product Shaklee


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Bismillahirrohmanirrohim..

Petangni umi Izz nak share tentang masalah rambut gugur yang sering terjadi dikalangan ibu yang baru lepas bersalin dan tak tertinggal kaum lelaki turut mengalaminya. Jom kita tengok ceita dibawah..


Masalah keguguran rambut adalah perkara biasa yang melanda orang dewasa, terutama lelaki bila dah berusia dan wanita selepas bersalin. Rambut gugur kadangkala boleh membawa kepada stress, bila melihatkan rambut yang melekat di sikat, di lantai, di bantal, di tuala mandi dan sebagainya.

rambut gugur bagi lelaki

Rambut kita sebenarnya sering mengalami proses gugur-tumbuh kembali. Ia adalah proses biasa, dan menjadi lebih teruk sedikit selepas bulan ke-3 (biasanya) kelahiran anak. Seorang ibu akan mengalami keguguran rambut (biasanya dikaitkan dengan habit anak menyembur air liur).



Mari kita tengok gejala-gejala keguguran rambut ni dengan lebih jelas:

Keguguran Rambut Kekal

Androgenetik alopecia

Bagi lelaki, corak kebotakan boleh bermula dari awal, walaupun pada usia remaja atau awal 20-an. Ia biasanya dicirikan oleh garis rambut yang mulai surut surut di sisi dahi dan botak di bahagian atas kepala. Hasil akhir boleh botak separa atau botak terus.

Bagi wanita, biasanya mempunyai keguguran rambut bermula dengan penipisan di bahagian depan, sisi atau bahagian atas . Wanita biasanya mengekalkan garis rambut depan mereka dan jarang mengalami kebotakan lengkap.

Cicatricial alopecia

Keadaan ini jarang berlaku apabila berlaku keradangan terhadap folikel rambut. Parut yang terhasil menyebabkan keguguran rambut yang berkekalan. Kadang-kadang ia bermula dengan penyakit dengan gatal-gatal atau sakit lain.
Keguguran Rambut Sementara

Alopecia areata

Keguguran rambut jenis ini biasanya berlaku setempat. Ia boleh menyebabkan kehilangan rambut setengah-setengah di mana-mana kawasan yang mempunyai rambut, termasuk kening, bulu mata dan janggut. Dalam kes-kes yang jarang berlaku, ia boleh maju menyebabkan keguguran rambut di seluruh badan. Jika kehilangan rambut termasuklah kulit kepala anda, keadaan ini dipanggil alopecia totalis. Jika ia melibatkan seluruh badan anda, ia dipanggil alopecia universalis. Kesakitan dan gatal-gatal boleh menjadi penyebab kehilangan rambut, tetapi gejala yang selalunya minimum.

Effluvium Telogen

Jenis keguguran rambut yang sementara ini berlaku secara tiba-tiba, paling kerap selepas penyakit yang ketara atau tekanan perasaan. Segenggam rambut boleh keluar apabila menyikat atau membasuh rambut anda atau mungkin akan jatuh walaupun diusap dengan lembut. Keguguran rambut jenis ini biasanya menyebabkan keseluruhan penipisan rambut dan tidak sampai botak.

Traction alopecia

Kesan botak boleh berlaku jika anda sering memakai gaya rambut tertentu, seperti pigtails, tocang atau cornrows, atau jika anda menggunakan penggelek yang ketat. Kehilangan rambut biasanya berlaku antara baris atau pada bahagian di mana rambut ditarik ketat.

Effluvium Anagen

Keguguran rambut jenis ini disebabkan oleh kimoterapi.

Punca-Punca Keguguran Rambut Yang Biasa

Demam yang teruk

Selepas mengalami demam yang teruk biasanya seseorang akan mendapati rambutnya mengalami keguguran yang agak serius. Namun ia akan kembali normal.

Melahirkan anak

Tindakbalas hormon menyebabkan seorang ibu yang melahirkan anak mengalami masalah keguguran rambut yang serius. Namun ia akan pulih dalam tempoh 6-12 bulan.

Kekurangan protein

Pengambilan protein yang tidak mencukupi dan pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan rambut mengalami masalah. Ini kerana rambut dibina oleh protein.

Pengambilan ubat-ubatan

Sesetengah ubat boleh menyebabkan keguguran rambut berlaku, misalnya ubat darah tinggi, ubat gout dan sebagainya.

Menghidapi penyakit

Keguguran rambut juga boleh manjadi simptom kepada penyakit-penyakit yang mungkin anda tidak sedar sedang menghidapnya. Jalani pemeriksaan sekiranya anda mengalami keguguran rambut yang teruk dengan keadaan kesihatan yang agak tidak memuaskan.

Disini UmiIzz nak shor kan Vitamin -Vitamin SHAKLEE yang sesuai di ambil  Untuk Masalah Rambut:

Vitalea (multivitamin dan multimineral)

B Complex

Zinc Complex  (recommended)

Vita-C

Vita-E

Dapatkan vitamin-vitamin untuk rambut yang sihat. Hubungi umiIzz untuk membuat pesanan.











Salam sayang dari,


  gif creator
gif creator

Rabu, 12 Jun 2013

Sambungan dari ubat gestrik dengan Mealshake atau ESP Shaklee


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Bismillahirrohmanirrohim..

Petang-petang ni ada masa sikit untuk update kisah semalam yang tak sempat dihabiskan. Semalam umiIzz bercerita berkenaan apa itu gastrik, dan bagaimana gastrik terjadi serta cara mengelakkan diri dari terkena gestrik.


Sambungan dari risiko penghidap gestrik semalam boleh tengok entry sebelum di sini. Dan hari ini kita tengok lagi siapakah yang berisiko lagi untuk mendapat gastrik:

# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini

# Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

# Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.




Rawatan yang perlu diambil jika terkena gestrik

Ada 3 jenis ubat untuk gastrik iaitu :

* Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari

* Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis

* Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut

Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang.


Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas 3 atau 4 hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.

Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.

Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup


Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :



* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol

* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit

* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur

* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap

* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam

* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)

* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing.

Jom kita cuba mengambil supliment yang boleh mengelakkan diri dari terkena gestrik selain menjaga pemakanan dan ubah gaya hidup. Pengambilan supliment tambahan pada umiIzz amat perlu ntuk menstabilkan hormon dan penghasilan bahan asid dalam tubuh badan kita.

UmiIzz yang mengalami gastrik mengambil supliment dari shaklee seperti Mealshake dan ESP dan alhamdulillah dengan izin Allah, umi Izz dah jarang kena gastrik walaupun tidak makan. Ini adalah kerana kandungan ESP dan Mealshake dapat menstabilkan hormon dan asid dalam tubuh kita.

Ada yang kata tidak tahan untuk meminum ESP kerana bau soya yang origenal, cubalah Mealshake yang wangi dengan vanila. Pada UmiIzz, tiada ubat yang berbau wangi dan sedap untuk kesihatan, namun bila kita nak suhat kita kena jaga makan, dan jaga gaya hidup dengan lebih sihat. Dan jaga pemakanan untuk sihat juga mb ada yang rasa "tak tahan nak jaga/kawal" makanan yang sedap-sedap seperti kek yang mengandungi gula berlebihan, ayam goreng nasi lemak yang mengandungi colestrol tinggi namun nak sihat semua itu kita kena laluinya. =) dengan sabar dan istiqomah..




Ok, kepada sesiapa yang nak sihat dan nak jaga diri dari terkena gastik eloklah mengambil suplimen shaklee seperti ESP atau mealshake. Bulan puasa pun hampir tiba, jadi bersiap sedialah untuk tingkatkan amal ibadah dengan lebih sempurna. Ambillah pemakanan berkhasiat supaya kita sihat cergas dan aktif sepanjang masa dan dapat melakukan ibadah dengan tekun dan sempurna. Hubungi saya untuk selanjutnya.











Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur (ID : 915911) 
Dealer Shaklee Kuala Lumpur
Email : alynn_41181mr [at] yahoo.com
    Hp : 013.2028.136



Salam sayang dari,


gif creator
gif creator

Selasa, 11 Jun 2013

Ubat Gastrik dengan ESP @ Mealshake


Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah, sebelum malam makin malam, umiIzz nak share sedikit cerita tentang suatu penyakit yang pada pandangan kita ringan tetapi sebenarnya merbahaya jika tidak dikawal. Dari tajuk yang ditulis tentunya dah tahu apa penyakit yang umiIzz nak sharekan disini.

Kadang-kadang kita semua kata, alahai.. gestrik je pun.. tp bagi yang dah melalui gestrik itu sendiri dia akan tahu betapa sakitnya gestrik.. Macam ada seorang hamba Allah ni, dia adalah sedikit memperlekehkan penyakit gestrik yang umiIzz alami, tapi umiIzz tak kisah pun.. Tak pernah pun terasa hati sebab yelah, setiap penyakit dan kesihatan yang baik itu pemberian Allah, kita kena redha dan bersyukur, betul tak. Suatu hari, tiba-tiba hamba Allah ini mengadu yang dia telah rasa nikmat gestrik tu macamana dan rasa sangat2 tidak boleh tahan dengan kesakitan yang dialami.. Umi Izz hanya tersenyum sahaja, bukan senyum perli tetapi senyum dengan ingin mengatakan sabarlah.. sakit sementara sahaja itu.. =)


Apa itu Gastrik?

Gastrik atau dalam istilah perubatannya gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan ini berlaku berpunca daripada jangkitan bakteria yang digelar helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.



Punca utama terjadinya gastrik.

Bayangkan kawasan perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman!

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat-lipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur. Hii macam mesin pengisar la pulak.

Perut

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat hakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Penyebab lain punca Gastrik

Penggambilan secara kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen.Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).


Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda-tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi





Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrikberbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini

# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)



Esok, umi Izz sambung lagi cerita penyakit gestrik. Sebelum itu, umiIzz nak bagitahu yang ESP @ Mealshake sangat berkesan membantu dari mengelakkan kita mengalami gestrik yang lebih terus terus kepada kanser usus. 

Pengambilan yang konsistan insyaAllah melegakan gestrik, sy sendiri mengamalkan mealshake @ ESP memang semangat dalam tubuh badan tu membuatkan saya teruja melakukan kerja sepanjang harian..

Jika ada diantara pembaca yang berminat untuk memulihkan gestrik yang mengelakkan diri dari dilanda gestrik biolehla PM saya untuk mendapatkan ESP @ Mealshake.


klik di sini untuk sambungan entry ini










Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur (ID : 915911) 
Dealer Shaklee Kuala Lumpur
Email : alynn_41181mr [at] yahoo.com
Hp : 013.2028.136

*entry berikutnya klik sini
Salam sayang dari,




gif creator
gif creator

Isnin, 10 Jun 2013

Puasa dan Gestrik Shaklee Membantu dengan Mealshake, ESP dan Performance Drink

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah, sempat lagi menaip apa yang ingin dikongsikan kepada semua pembaca. Sya'ban telah menjelma.. Mesti disana sini telah mula orang bertilawah kerana ingin khatam pada bulan ramadhan.. Malah ada yang mula berpuasa sunat kerana ingin melatih diri agar biasa berpuasa untuk melalui ramadhan yang tidak lama lagi muncul malah ada juga yang menggantikan puasa kerana tidak sihat. Bagi mereka yang tidak tahan gestrik dan ada gestrik teruk, malah tidak ada kudrat untuk berpuasa iaitu mengalami keletihan melampau... jom umiIzz share kan sedikit tentang suppliment terbaik untuk kesegaran sepanjang hari dan mengelakkan gestrik.

Pengambilan air yang mencukupi adalah kunci untuk segar sepanjang hari, namun sekiranya perut yang sememangnya memiliki gestrik, maka keletihan menahan sakit itu membuatkan kita sangat tidak larat untuk bergerak lebih ketika berpuasa, malah ada yang sanggub melepaskan puasa pada hari tersebut kerana terlalu sakit dan tak dapat bertahan.

Ada cara untuk mengurangkan gestron dalam perut. InshaAllah dengan pengambilan ESP atau Mealshake sangat membantu. Perut akan terasa kenyang dan tiada rasa pedih ulu hati ataupun senak perut. Ini adalah kerana

Meal Shakes ni mempunyai, protein, kalsium, serat, vitamin dan mineral lain. Rasa original vanila dan berbau harum. Macan aiskrim vanila tu.
Jadi, walaupun berpuasa badan tetap sihat kerana telah dibekalkan dengan nutrien yang mencukupi semasa sahur.


 Meal Shake adalah lengkap untuk yang nak berpuasa, anak kecil yang susah nak makan jadi kuranglah nutriennya, sarapan atau sahur untuk anak ke sekolah, suami ke tempat kerja, isteri yg bekerja di rumah atau di luar atau orang tua yang susah nak telan pil vitamin.




Energizing soy protein pula adalah non-gmo iaitu original dan bukanlah diubah secara genetik untuk menjadi yang terbaik dan berkualiti tinggi. Soyanya tidak dicuci dengan alkhohal tetapi dengan air jadi kandungan isoflavon yang bermanfaat terpelihara.

ESP ini bagus untuk kesihatan payudara, prostat dan menapaus kerana mengandungi fitoestrogen.
Oleh kerana protien yang asli dan bermutu, sel dalam badan kita turut terhasil menjadi sel yang sihat. Sebab itulah ia bagus untuk orang yang sedang dalam pemulihan selepas operation, bersalin atau accident kerana protein membina dan memperbaiki tisu badan.

Oleh sebab itu, pengambilan ESP atau Melashake memabantu mengurangkang Gestron dalam tubuh badan yang membuatkan kita berasa tidak selesa sepanjang hari berpuasa. UmiIzz sendiri mempunyai gestrik dan alhamdulillah, pengambilan ESP dan Mealshake sangat membantu dan gestrik tidak mudah menyerang walaupun terlewat makan kerana kesebukan berkerja.



Ok, macam mana pula dengan performance drink. Performance drink ni sangat best kerana ia mengekalkan kandungan air dalam kata lain bendalir dalam tubuh badan sangat mencukupudalam badan.

Memandangkan kita berpuasa dan tak minum air sepanjang hari, Performance drink membantu mengurangkan rasa dahaga itu dan membantu badan untuk meneruskan fungsinya. Keperluanya meningkat tambah-tambah buat ibu menyusu yang kehilangan air semasa mengepam di siang hari.


Jika ada yang inginkan mengetahui lebih lanjut, PM saya segera.











Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur (ID : 915911) 
Dealer Shaklee Kuala Lumpur
Email : alynn_41181mr [at] yahoo.com
Hp : 013.2028.136

Salam sayang dari,





gif creator
gif creator

Ahad, 9 Jun 2013

Sakit Sendi Boleh diatasi dengan Joint Health Advance


Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Malam ni alhamdulillah, berkesempatan nak menaip beberapa perkara yang umiIzz nak share bersama semua.. Si kecil umi dan abangnya telah selamat beristirehah.. maka rugi pula jika masa yang ada tidak digunakan sebaiknya.

Sesiapa yang kat sini pernah mengalami sakit sendi tulang atau kaum keluarga terutama ibu/bapa yang ada mengeluh rasa sakit di sendi dan payah untuk bergerak?? Ia dinamakan osteoarthritis.  Osteoartritis adalah penyakit yang menyakitkan sendi yang menjejaskan berjuta-juta orang. Ini disebabkan oleh kemerosotan secara perlahan-lahan diantara sendi tulang. Osteoartritis membawa kepada keradangan menyakitkan dan pergerakan sendi yang terjejas. Rawatan  osteoarthritis biasanya terdiri daripada rawatan simtomatik dengan ubat-ubatan anti radang & kesakitan.


Adakah anda berisiko atau SIAPA yang paling BERISIKO?

Jom kita tengok tanda-tanda dan siapa bakal berirsiko mendapat radang sendi.


1. Umur : Fungsi sendi semakin berkurang apabila semakin berusia
2. Berat : Tekanan kepada sendi, terutama lutut & pinggul anda bertambah
dengan berat badan yang berlebihan
3. Penggunaan Berlebihan : Jika anda seorang athlet atau sentiasa bekerja dengan
kekuatan fizikal, anda boleh meningkatkan tekanan ke atas sendi anda.
4. Sejarah keluarga : Masalah sendi mungkin turun temurun
5. Lemah otot : Kelemahan otot sekitar sendi meningkatkan risiko terhada
p
ketidakselesaan sendi.


MEMPERKENALKAN Shaklee Joint Helthy Advance atau dikenali sebagai JHT. Apa itu JHT?



Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi. 


JHT mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, JHT ialah formula sayur-sayuran 100%.

Kalau kita ada terdengar ibu atau ayah kita mengeluh sakit di sendi lutut malah rasa sangat tidak selesa untuk bergerak, cepat-cepatlah dapatkan JHT untuk mereka. Kalau dahulu, bila kita sangat tidak selesa dengan susu tambahan untuk membina tumbesaran maka mereka mencari susu tumbesaran terbaik buat kita setelah penyusuan susu ibu tamat, mengapa kita tidak menyediakan mereka suppliment terbaik untuk membantu mereka sihat sepanjang masa?? Apa tunggu lagi, jom dapatkan JHT dari saya.,SEGERA untuk ibu dan ayah tersayang.













Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur (ID : 915911) 
Dealer Shaklee Kuala Lumpur
Email : alynn_41181mr [at] yahoo.com
Hp : 013.2028.136

Salam sayang dari,



gif creator
gif creator