PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Isnin, 30 Mei 2011

Kasih Yang Suci



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hahaha, akhirnya setelah buku umidanish hilang masa zaman muda remaja dulu kerana dipinjam kawan2.. akhirnya umidanish dapatkan jugak novel ni.. novel apa? Kasih Yang Suci, umi beli direct dari Karangkraf.. heheh

Dulu2 masa muda remaja umi danish suka kumpul novel.. tak kira la novel apa, suka sangat2.. kalau baru beli compem satu hari ngadap.. ekeke...






Beli kat karangkraf baru rm17.91 je campur kos postage baru rm24.91.. ok la kan dari mencari setiap ceruk tak jumpa2.. hari tu da sold out tp dia amik stok baru so dapatla den beli.. yahoo.. Ha, semua mesti tahu cite ni adalah berkaitan denganc erita nora elina kan??? hehe.. okla.. nnt nak beli lagi novel lain plak.. kali ni kalau ada nak pinjam kene la bgtau dulu awai2jgn lupa pulang.. ekek tp umi ni jenis tak sampai hati nak kata gitu..huhuh

K la korang, selamat menjalankan tugas..

Salam sayang dari,
Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Ahad, 29 Mei 2011

Hari Ahad..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

weh korang.. korang ok tak arini? mesti ada yang seronok kuar dgn family kesayangan.. dan bagi yang duk kat umah ni macam umi, apa agak2 korang buat erk? umidanish arini sedang megerjakan langsir.. cuci-cuci langsir dan ditolong oleh danish yang amat sibuk harini..

Eh, korang ada masalah tak bila nak login blog korang? umidanish tgh pening sebab bila nak login kekadang error 404 pastu kalau da bole login tak boleh logout.. sabar je la dengan blog ni.. apekehe nyer kamu jadi lagu tu.. adeii..

Taula umidanish jarang hapdet, tp jgnla mare camtu sekali..ekek bikin tensen dihari2 cuti.. arini umidanish masak ayam masak kicap.. lauk peberet danish..

Si danish? biasa la dia, main.. main... main.. dan main..

ingat nak keluar dating petang ni dengan danish.. agak2 nya hujan tak petang ni erk?

Pinjam gambar pakcik google jap..ekeke

Kalau hujan jenuh la nak hangkut danish tu.. da la gemar berdokong.. doa2la tak hujan erk..

Salam sayang dari,
Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Jumaat, 27 Mei 2011

Bila si Bujang rajin menolong..


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apakhabar semua orang? umidanish pagi ni rasa kesejukan sebab hujan tiba2 turun mungkin terasa sedikit kesayuan hati yang ditinggalkan oleh abi.. huuuhuhuhu, abi kene outstation lagi. Lama jugak tak berblog dan rasa tak tahu nak tulis apa walaupun banyak jugak cerita yang nak dicerita dicampur pulak dnegan kebizian umidanish di rumah dan pejabat.

Almaklumla, anak bujang umi sorang ni.. makin besar makin banyakla cara kita kene buat untuk dia supaya dia seronok dan gembira sambil belajar. So ada saja la aktiviti kami berdua.

Tengok je kat bawh ni.. rajin tak danish umi?? bole buat calon menantu... ekekeke.. pada umi, anak lelaki ke perempuan sama je kalau bab buat kerja rumah. tak bole kata macam ni.. anak lelaki tak payah tolong apa2 kat umah.. sebab nnt kalau dia besar da jadi suami, dia tak tahu apa pun nak buat.. bukan tak tahu tp jadi malas nak amik tahu.. pulak dapat isteri yang berkerja semata2 nak bantu diri dia sara keluarga.. so kena la sama-sama uruskan rumah tangga. tak boleh la harapkan isteri seorang.betul tak??



mula-mula tengok dulu mana warna yang berkenan nak dilipat..


warna pink yang dia pilih? ekekekek.. anak umi oi..


Sebab tu, umi ajar danish dari awal, kalau da main permainan ajak dia kemas.. caranya bukan paksa2 dia tapi kita ajak dia kutip barang permainan dia dan puji bila dia da masukkan kembali dalam bakul samada dengan tepuk tangan ataupun ciuman atau kata2 pujian.

Kalau ingin lakukan aktiviti harian, ajakla sekali anak kita.. contohnya melipat pakaian basuhan.. ajak dia melipat bersama tak kirala bagaimana hasilnya tapi pasti dia rasa seronok. ataupun bila kita masak di dapur.. kita libatkan dia bersama sepeti memukul telur untuk didadar, buat sama2.. menyiang sayur2 pun boleh bersama2 dan lain2 lagi. Jadi mereka akan sentiasa rasa seronok melalui hari2 beliau.

Namun sebagai ibu, sifat kesabaran itu penting... danish sangat suka bermain pintu peti ais.. sekejap dibuka sekejap ditutup.. cara nak elakkan dia dari buat benda tak berfaedah, kita ajak dia sama2 petik daun sayur.. heheh.. pasti dia seronok..

Kalau korang, apa yang korang suka lakukan bersama??



Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Selasa, 24 Mei 2011

Kene Curi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Huhhuuhu... alhamdulillah tenet kat umah da bole guna.. Selama seminggu takde tenet kat umah memang payah.. umidanish nak cek order dari custemer sangat2 terhad. Nak pakai Hp malas nak godeh pasai kecik benor, tak puas rasa.

Setelah seminggu tiada tenet dan setelah banyak nya report umi buat, akhirnya depa tau yang kabel talian kami diluar kawasan bangunan kene curi.. Owh, tu pun kebetulan umidanish dapatkan telefon rumah untuk cek. Almaklumla masa pemasangan talian dulu tak amik phone umah tu.. kononnya untuk tenet jela.. tapi nyesal plak sekarang ni kan free.. takpelah.. so bila da dapat cek gula telepon rupa2nya tiada talian..


So bila da report bagai nak rak, baru depa cek dan didapati talian kabel kami dicuri. Lepas gantian dibuat, still tak leh connect tenet so report punya report banyak kali akhirnya depa datang rumah jugak.. sebenarnya, umidanish tau jugak sikit2 nak setup line guna moderm dan wireless sikit2.. tapi disebabkan kejadian kecurian tu, rupanya2 memberikan kesan kepada moderm umidanish.. rosak pulak moderm tu mungkin wayer dia la problem tah terbakar ke apa.. so dapatla moderm baru bersama wireless.. huhuh, sudahnya wireless umidanish yang lama tu tersimpan rapi la gamaknya.. huhuhu, namun syukur alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah. Kepada pakcik pencuri tu,insafla sebelum anda mati terbakar.. nauzubillah. banyak lagi kerja mudah yang tak merbahayakan nyawa dan halal yang boleh dilakukan..


Umidanish sekeluarga mendoakan kepada si pakcik pencuri tu moga diberi pertunjukNya sebelum terlambat.



Salam sayang dari,
Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Isnin, 23 Mei 2011

Danish Umi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apa khabar korang.. alhamdulillah tuhan kurniakan kesihatan yang baik pada kita untuk menghirup udara segar walaupun dugaan demi dugaan bercambah menguji setiap kesetiaan kita pada Illahi..

Setia pada manusia belum tentu dibalas kesetiaan yang setimpal setia kita namun pada Nya.. bukan sekadar kasih sayang Nya yang melimpah ruah malah kebahagiaan yang hakiki buat setiap pecintaNya..

Danish umi, makin besar dan makin bijak.. alhamdulillah.. pandai mengambil hati umi dan panjang akalnya untuk merajuk.. Kesibukan abi membuatkan kami bertambah2 rapat dan saling memahami.. umi teman danish bermain dan danish tolong umi mengemas.. paling seronok bila kami buat kerja sama2.. anak umi sangat rajin.. alhamdulillah, Allah kurniakan seorang permata yang bernilai..

Bila umi solat.. umi letakkan al Quran diatas katil untuk baca setiap selepas solat.. tapi dia menelaah dulu.. seolah2 dia mengaji macam kita berlagu tp dengan gaya bahasa dia la.. huhu, rasa nak solat tu ya Allah hai.. menitik air mata tgk dia yang sangat2 teruja dengan al Quran walaupun dia tak paham apa2 lagi.. Kalau dia nak bermain, pasti dia ajak umi sekali.. pastu suh amik gambar dia..

jom layan gambar danish sedang bermain lego ni.. seronok dia buat macam2 bentuk.. umi pun seronok tgk gelagat dia walaupun ketiadaan abi di rumah...







Seronokkan dia??? huhuhu, tu la anak umidanish, ceria tak kira apa.. =)


Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Ahad, 22 Mei 2011

Al-Fatihah..Doakan Arwah Mangsa Tanah Runtuh

Sekelip mata Allah turunkan ujian.. Ya Allah sungguh terharu dan mengalir airmata umidanish melihat keadaan mayat2 anak-anak kecil yang ditanam di kaca tv tadi kerana kejadian tanah runtuh di asrama anak-anak yatim Hulu Langat.. sungguh menyayat hati.. semuanya anak2 yatim.. Moga mereka semua ditempatkan didalam golongan para shuhadah.. amin.. AlFatihah


Daripada Nya kita datang dan Kepada Nya kita kembali...

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Hati ..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hati.. andai dirimu didugaNya,
Kembalilah kepangkal jalan..
Kerana jalan Illahi selalunya terbuka..
Buat hamba-hambaNya yang tertinggal..

Hati, andai sakit mu terluka
Dikhianati dan diresahkan
Oleh insan yang disayang
Kerana kebencian Manusia Syaitan yang melihat kebahagian
Makhluk Adam dan Hawa
Janjilah pada hati
Serahkan cinta sucimu
pada Illahi
Insyaallah janjiNya akan tenang
Walau badai gelombang bergelora mengganas
Kau takkan tumpas

Hati...
Andai dirimu terus diduga
Percayalah ketentuanNya
Kerana kau insan yg terpilih
Untuk tabah dan redha
Maka jangan bersedih wahai hati
Tingkatkan iman mu bersama
AlQuran al qarim..
Jangan lemah dan mengalah
Manusia SYAITAN itu takkan mengalah
dan terus-terusan menyakiti
Namun hati..
Walau jauh manusia yang disayangi
Yakin lah Allah SWT ada disisi
Menemanimu bertahajud sehingga di awal pagi..

Tabahlah wahai hati..
Tabahlah...
Allah selalu disisi
Kuatkan dendangan nur al Qarim mu..
Agar kau damai menikmati
Dugaan duniawi

nukilan: Umidanish


Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Khamis, 19 Mei 2011

Ujian Nya

Assalamualaikum dan sejahtera,

Sekadar untuk peringatan diri sendiri.. bila kita bahagia, kita lupa keperitan2 dan ujian yang penah kita hadapi.. betapa waktu itu kita berjanji padaNya untuk berubah dari baik kepada terbaik.. namun ianya janji pada waktu itu.. betul kan?

Itulah yang dinamakan manusia.. Lupa, alpha.. kita tak pernah berpegang pada janji kita pada Allah. Sedangkan dalam rahim lagi kita telah berjanji untuk menjadi khalifah dimuka bumi namun kita tetap alpha.

Namun hanya dengan ujian la kita akan mengingatiNya, jadi kita wajib bersyukur dengan setiap dugaan yang diberikan kerana Allah menyayangi kita. Dia ingatkan kita supaya mengingatiNya dengan ujian yang diberikan. Namun sesetengah yang tidak mengetahui akan mengatakan dan bertanyakan kepada Allah kembali "kenapa daku diuji, kenapa mesti aku yang menghadapi"

Apa yang perlu kita lakukan setelah kita diduga??? Pastinya yang kerap dilakukan oleh kita hanyalah berusaha, berdoa dan tawakal kearah yang lebih baik.

Ya Allah, andai ini ujian mu.. aku redha ya Allah.. kau berilah petunjuk jalan kebenaran Mu disebalik semua ini..

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Rabu, 18 Mei 2011

Pengumuman kepada Semua Kaum Ibu dan Bapa...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Sempena hari ibu, Babyumishop sedang mengadakan promosi besar-besaran bagi Cloth Diaper Luna versi Printed..




Promosi diadakan sehingga 30 Mei 2011. Sebanyak 20% diskaun diberikan kepada semua pelanggan bagi belian Printed CD sahaja. Namun bagi belian CD Velcro dan Button, anda akan menerima free loundry bag dan free postage dengan setiap belian Pakej 5 CD tersebut dan keatas.


Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan nya sekarang, kunjungi Babyumishop untuk mendapatkan maklumat. Sebarang pertanyaan bole menghubungi saya di .

Dapatkan segera selagi stok masih ada.

Terima kasih..

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Line Tepon Umah kU rosak...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tensennyerrrr..... siapa bole tolongggggggg????? TOlongggg la...



Umidanish sangat2 tensen sebab line tepon umah masih tak bole guna dan TM masih tak buat tindakan, semalam sehari suntuk call tp tak berjawab.. bill tetap charge walaupun tak berjawab, dush dush kang tembak kang baru tau la TM ni....

Habis berabuk blog umi dan la kat opis banyak koje dan ini pun curi2 buka jap kerana merindui korang, tak dapatla umidanish merantau umah korang buat masa ni dan jangan pk umidanish lupa erk.. huhuhu sedih sangat ni.. tata



Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Isnin, 16 Mei 2011

Danish with Apam Kukus Berinti Jagung



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

wahhh, lama nya tak bersiaran.. semua gara2 tenet yang problem kat umah.. line tepon tak de tetibe selepas kejadian blackout terus talian telepon takde.. bila panggil kontraktor... dia plak takleh buat sebab mantanance tutup hari minggu.. huhu sadis.. so bersawangla umah umidanish ni..

So, aktiviti cuti umi danish tidak la tertumpu pada blog sahaja memandangkan tenet tiada.. so kami jenjalan la mengisi masa terluang.. shopping barang dapur sikit.. hehe disamping melayan karenah danish yang sangat suka tabung2 tokei kereta ni.. harus dia naik, tak isi duit pun takpe tapi kalau dapat isi dan kereta tu bergerak ha.. nampak gambar dia kat bawah tu?? cam tu la senyuman di danish umi, punya la seronoknya dia tu.. =)

ha, tgk senyuman dia tu..


Oleh kerana kebosanan, umidanisH pun cipta resepi sendiri untuk sarapan pagi ni.. Tak tahula korang penah makan ke tak dan ni first time jugak umi buat sendiri.. ianya sangat simple dan sungguh tidak mendatangkan kalori tinggi untuk menu pagi umi sekeluarga.. Jom tengok apa resepi dan bahan2nya..

Apam kukus inti jagung..

Bahan-bahannya:

- Tepung 1 cawan
- Gula 1/2 cawan
- pewarna (ikut suka kale apa)
- air
- jagung (dalam tin)
- yis (ibu roti) 1 sudu
- garam secukup rasa
- esen vanila
- sedikit planta



Cara2 membuat:

1. Masukkan tepung, gula dan garam kedalam bekas adunan dan tuangkan air. Gaul sehingga sebati dan menjadi cairan yang agak likat sedikit..

2. Masukkan sedikit pewarna, umidanish pilih kale hijau ye.. sebab?? sebab yang tu je yang ada kat umah hahaha.. pastu masukkan 1 sudu esen vanila.. kacau hingga rata...

3. Apabila adunan da sebati, biarkan selama setengah jam untuk menunggu adunan tadi naik kembang sedikit.. kemudian bolehla mula tuangkan separuh ke dalam bekas pengukus.

4. Kukus selama 15min, kemudian letakkan jagung rata diatas lapisan apam yang separuh masak tadi kemudian lapiskan diatasnya, kukus sehingga masak.. bila da masak bole hidangkan.. makan panas2 sedap tau.. lebih2 lagi adunannya dibuat bersama sikecil.. dia tolong kacaukan tepung tu bersama2.. hehe

Tara.....



Ini la hasil apam kukus tu.. huhuh hijau giler kan??


Yang ni umidanish nak tunjukkan tepi dia nampak tak kuning2 tu adalah isi jagung tu..


ha... yang ni pulak apa bila sudah dipotong rakus oleh umidanish..ekekek


Macam biasa menu pagi ni, apam kukus berinti jagung dan nasi lauk ayam masak kicap.. hehe yg tu makan tengahari nanti erk.. umidanishkan puteri lilin, malas nak berpanas2 an membeli makanan diluar..ekeke k la korang, selamat mencube..

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator